Pelakon dan pelawak, Azad Jasmin John Louis Jeffri atau lebih dikenali sebagai Pak Azad mempersoalkan kualiti alat peranti pengesan yang baharu saja dipakai olehnya kurang dari 24 jam.
Difahamkan, Azad bersama isterinya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Syazira Shuhaimi kini sedang menjalani kuarantin kerana baru pulang dari Mekah dan memerlukan mereka untuk memakai alat peranti pengesan itu sehingga tempoh yang ditetapkan.
Menerusi perkongsian video di Insta Storynya semalam, Azad memberitahu walaupun baru sehari memakai alat itu tetapi ianya sudah tercabut secara tiba-tiba.
Di dalam video pendek itu, pelakon tersebut turut menyeru Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera.
Assalamuaikum YB Khairy Jamaluddin, ‘idea’ bagus tapi yang tak bagus, kenapa tercabut ni? beli dekat Shopee ke?
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, mereka bernasib baik dirinya adalah seorang selebriti, jadi jikalau keluar sesuka hati, orang akan mengenalinya tetapi jika seseorang itu hanyalah rakyat biasa, masalah ini amatlah berbahaya.
Azad tidak lupa juga untuk menyarankan pihak kerajaan untuk menggunakan alat peranti pengesan yang lebih berkualiti supaya ia dapat diguna dengan lebih baik.