YB Datuk Halimah Dilantik Menteri Perpaduan Negara, Netizen Cerita Kebaikannya

Trending

YB Datuk Halimah Dilantik Menteri Perpaduan Negara, Netizen Cerita Kebaikannya

Setelah beberapa hari Kabinet dibiarkan sepi dan kesemua rakyat tertanya-tanya dengan barisan menteri baru, akhirnya Perdana Menteri ke-8 iaitu YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah mengumumkannya kelmarin.

Dalam kalangan menteri yang diberikan mandat untuk menjaga kementerian masing-masing, rata-rata rakyat melahirkan rasa teruja dengan pelantikan Menteri Perpaduan Negara iaitu YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique. Disebabkan Malaysia dikenali di serata dunia sebagai sebuah negara yang memiliki komposisi penduduk pelbagai kaum, budaya dan agama maka perpaduan yang utuh merupakan penentu kelangsungan negara kita.

Advertisement

Kalau anda nak tahu, sebelum diberikan nafas baru, portfolio ini telah dipanggil sebagai Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial dan dikemudi oleh P. Waytha Moorthy.

Sebelum diangkat sebagai menteri untuk memastikan keutuhan kemuafakatan dalam rakyat tempatan, rupanya Datuk Halimah sudah cukup dikenali oleh ramai tambahan lagi di sekitar Johor kerana sikapnya yang ramah dan ringan tulang.

Seorang individu di Twitter telah memuat naik kembali video beliau semasa membahas isu mengenai bajet yang disedikan kerajaan sebanyak RM25 juta kepada 100,000 wanita untuk menjalani pemeriksaan mamogram di Dewan Rakyat tak lama dahulu. Sedutan klip itu memperlihatkan Ahli Parlimen Tenggara tersebut bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Ampang iaitu YB Zuraida Kamaruddin.

Kebanyakan netizen yang melihat video ini memuji sikap tegas yang ditunjukkan oleh beliau dalam menegakkan hujahnya. Ada juga segelintir individu daripada Johor yang memuji kebaikannya kerana khidmat yang pernah ditaburkan oleh mereka dahulu.

“Jaga orang felda.”

datuk halimah dipuji netizen

“Sangat baik dan telus.”

datuk halimah dipuji netizen

“Konfiden berhujah!”

datuk halimah dipuji netizen

Nampaknya Datuk Halimah mempunyai imej yang positif dalam kalangan penduduk terutamanya di Johor. Diharapkan sikap tegasnya akan dapat menguatkan lagi kekuatan hubungan diantara rakyat Malaysia meskipun berbeza latar belakang.

Tahniah sekali lagi kepada YB Datuk Halimah kerana dilantik sebagai Menteri Perpaduan Negara!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...