Yazmin Aziz ‘Tercium’ Kekasih Kerana Teruja?

Trending

Yazmin Aziz ‘Tercium’ Kekasih Kerana Teruja?

Penyanyi dan pempengaruh, Yazmin Aziz, menjadi perhatian selepas tular video dirinya mengucup bibir kekasih, Simon Joseph Javier, ketika pentas akhir Mister International Philippines 2025 di Manila, hujung minggu lalu.

Aksi itu dipercayai berlaku mungkin kerana terlalu teruja, lapor HibGlam, dek menyaksikan kejayaan teman lelakinya yang berasal dari Filipina. Yazmin, 23, dilihat memberikan semangat penuh kepada pasangannya, namun kerana dilakukan secara terbuka di acara umum, tindakannya dikecam hebat netizen.

Advertisement

yazmin aziz dan kekasih

Ramai berpendapat perbuatan itu tidak selari dengan budaya Melayu dan bercanggah dengan ajaran agama, lebih-lebih lagi dilakukan di hadapan khalayak. Kritikan yang diterima bagaikan ‘machine gun’, bertalu-talu tanpa henti.

Walau begitu, ada juga segelintir yang melihat ciuman itu sebagai ekspresi kasih sayang yang manis dan tidak keterlaluan.

Video tersebut kini telah dipadam daripada TikTok, menimbulkan andaian bahawa Yazmin mungkin telah sedar akan kekhilafannya dan cuba memperbetulkan keadaan.

yazmin aziz bercium dengan teman lelaki
2025-07-21 14:41:03

(VIDEO) "Dia Dah Bukan Islam Ke? Makin Sesat Ni" - Yazmin Aziz Selamba Bercium Dengan Teman Lelaki Depan Khalayak Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...