Hantaran terbaharu penyanyi Yazmin Aziz mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungan cintanya dengan kekasih, Simon Joseph Javier, sudah berakhir.
Dalam entri itu, Yazmin memuat naik sebuah video bersama kapsyen yang dianggap mencerminkan emosinya ketika ini.
Saya tahu nilai diri dan tidak akan sesekali menerima yang kurang daripada yang sepatutnya.
Tinjauan mendapati Yazmin dan Simon kini sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram, sekali gus menguatkan spekulasi peminat mengenai status hubungan mereka.
Perkongsian tersebut jelas menarik perhatian ramai, khususnya mereka yang mengikuti perjalanan percintaan pasangan itu. Di ruangan komen, ada netizen yang mula membuat spekulasi bahawa hubungan cinta Yazmin dan Simon telah pun menemui titik noktah.
Untuk rekod, sekitar awal Julai lalu, nama Yazmin menjadi bualan hangat apabila dikatakan menjalinkan hubungan istimewa dengan pencipta kandungan dari Filipina itu.
Setakat ini, Yazmin dan Simon masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai status hubungan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
