May 30th, 2016

Amy Search sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan pemain dram, Yazit dan sering melawat rakannya itu di hospital ketika sakit.

Namun, masalah mereka berdua seakan tiada lagi jalan penyelesaian dan semakin rumit apabila Yazit baru-baru ini membalas semula kenyataan Amy.

Yazit mendakwa, kedatangan Amy ke hospital ketika beliau sedang sakit tidak ikhlas dan penyanyi itu semata-mata inginkan perhatian media untuk mencari publisiti.

Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus.

Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga.

Menurut Yazit, Amy hanya datang ke hospital selepas isterinya meminta Amy untuk melihat keadaan beliau dan bukan atas kehendaknya sendiri.

Dia datang sendiri atau isteri saya yang hubungi beliau? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu tiba-tiba dia buat cerita lain. Dia kena paksa datang dengan isteri saya, bukan ikhlas.

Saling berbalas kenyataan tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah. Cubalah bertentang empat mata dan meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing daripada hati ke hati.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE


Comments are closed.

Loading...