Yatt Hamzah Seru Orang Ramai Doakan Suaminya Yang Kini Sertai Misi Kemanusiaan Musim Sejuk Di Syria

Hiburan

Yatt Hamzah Seru Orang Ramai Doakan Suaminya Yang Kini Sertai Misi Kemanusiaan Musim Sejuk Di Syria

Mendedahkan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khairuddin kini dipanggil untuk menyertai misi kemanusiaan musim sejuk di Syria, pelakon Yatt Hamzah akui misi kali ini agak berisiko kerana ia dilakukan ketika pandemik COVID-19 yang masih belum surut sepenuhnya.

Advertisement

Menurutnya, biarpun berdepan risiko yang tinggi, namun suaminya dikatakan tetap rela meninggalkan tanah air demi membantu umat Islam yang memerlukan.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Yatt menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

“Walaupun berdepan pelbagai risiko bahaya, namun kerja-kerja membantu ummah perlu diteruskan. Sekarang tiba masa untuk membantu rakyat Syria pula yang memang sentiasa dekat di hatinya dan hati saya juga. Kasih kami terhadap saudara Islam di Syria dan Palestin memang luar biasa setelah banyak pengalaman berada di bumi para Anbiya itu.”

Dalam pada itu, Yatt juga dilihat tampil menyeru umay manusia agar memanjatkan doa agar perjalanan dan misi suaminya ke negara tersebut sentiasa berada dalam lindungan 

“Sebelum itu, saya mohon sangat doakan suami Mohd Zulfadhli Khiruddin dan teamnya, selamat pergi dan pulang, dan pengorbanannya meninggalkan anak-anak dan isteri demi panggilan jihad ini diredai dan diberkatiNya.”

Untuk rekod, Zulfadhli sebelum ini khabarnya terpaksa menangguhkan perjalanan misi ke Syria pada Januari lalu menyambut kelahiran anak keempat mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...