March 27th, 2016

Yatt Hamzah merasa trauma apabila terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Karak berpunca daripada tayar kereta pecah sehingga menyebabkan beliau hilang kawalan.

Kereta jenis Kia Optima K5 miliknya berpusing beberapa kali sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Yatt ketika itu dalam perjalanan pulang daripada Temerloh menghala ke Kuala Lumpur bersama adik ipar dan pembantu peribadinya. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Saya bersama adik ipar dan pembantu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Ikim.

Kemalangan berlaku di Lebuhraya Karak apabila secara tiba-tiba tayar kereta saya pecah dan saya hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali dan kemudian melanggar pembahagi jalan.

Alhamdulillah saya dan yang lain selamat. Namun saya masih lagi terkejut dan trauma dengan kejadian itu.

Syukur mereka semua tidak apa-apa dan masih diberikan peluang untuk bernafas lagi. Bahaya juga kalau tayar pecah, kalau boleh sebelum memulakan perjalanan jauh, periksa dahulu keadaan tayar dan kenderaan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...