Yatt Hamzah Kagum Usaha Murni Rihanna Bantu Penduduk Lubnan

Hiburan

Yatt Hamzah Kagum Usaha Murni Rihanna Bantu Penduduk Lubnan

Memuji usaha yang dilakukan penyanyi popular Hollywood, Rihanna yang mengajak para pengikutnya seramai 100 juta di Instagram untuk menderma ekoran kejadian letupan di Beirut, Lubnan awal bulan lalu, pelakon Yatt Hamzah zahir rasa teruja.

Yatt Hamzah Kagum Usaha Murni Rihanna Bantu Penduduk Lubnan

Advertisement

Kata Yatt, biarpun jumlah pengikutnya tidak seramai selebriti tempatan popular lain seperti Neelofa mahupun Nora Danish namun dirinya tetap berharap agar ramai yang menyalurkan bantuan  kepada golongan yang terjejas di negara itu.

“Walaupun dia belum lagi Muslim, dia tetap bantu atas dasar kemanusiaan. Dan walaupun pengikut saya tak sampai pun 1 juta, saya tetap nak mohon semua followers untuk menderma sejak awal peristiwa dahsyat itu berlaku.”

Ujar yatt, beliau amat berharap agar sumbangan yang mampu disalurkan oleh rakyat Malaysia mampu mencecah sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM50,000.

Yatt Hamzah Kagum Usaha Murni Rihanna Bantu Penduduk Lubnan

“Alhamdulillah, hampir RM25,000 telah berjaya dikumpul, saya harap dapat capai target RM50,000, ayuh bantu Beirut, sebarkan post ini, saya mohon, demi manusia, demi agama.”

Dalam pada itu, Yatt juga sempat menyisip butiran lengkap sebuah pertubuhan yang menguruskan wang sumbangan untuk diberikan kepada mereka yang terjejas di Lubnan.

Yatt Hamzah Kagum Usaha Murni Rihanna Bantu Penduduk Lubnan

Terdahulu, menurut kenyataan media antarabangsa, dua letupan besar menggegarkan Pelabuhan Beirut, Lubnan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 135 orang terbunuh dan lebih 3,000 lagi cedera.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...