Sebenarnya, kami agak terkejut apabila menerima berita mengenai Yatt Hamzah yang ingin bercerai dengan suaminya. Iyalah, pasangan ini tidak pernah dikhabarkan mempunyai masalah dan tampak manis bersama dalam siri terbaru program Romantika.
Pelbagai pihak telah membuat spekulasi mengenai rumah tangga mereka dan seakan-akan terkeliru sebentar apabila pasangan ini kelihat mesra bersama membeli belah selepas Yatt memfailkan permohonan cerai.
Terbaru, Yatt Hamzah yang kini sedang sibuk membantu rakyat Syria  untuk bantuan musim sejuk enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal perceraiannya dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat beliau.
Doa adalah senjata mukmin, saya perlukan kekuatan doa daripada anda semua. Tunggulah masa yang sesuai untuk diumumkan. Sekarang semuanya masih belum pasti. Tiada jawapan pun lagi dan tak ada apa yang boleh diberitahu.
Yatt Hamzah telah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib pada tanggal 29 Mac 2009. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Malika Hanania yang kini berusia 5 tahun.
Buat masa ini, tiada komen yang dapat kami berikan kerana tiada siapa tahu punca sebenar keretakan rumah tangga mereka. Yang kami tahu sebelum ini, Yatt Hamzah dan suami mahu menghadiri sesi kaunseling, semoga niat itu masih ada dan doakan masjid yang dibina tidak roboh.