Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yatt Hamzah Akui Tidak Kisah Digelar Yatt Sejadah

Entah dimana silapnya, sejak akhir-akhir ini Yatt Hamzah sering menjadi bahan kritikan ramai. Malah,ada yang mendakwa Yatt cuba untuk menutup keburukkan beliau dengan berselindung disebalik agama dan imej sebagai seorang wanita muslimah.

Advertisement

Pelbagai gelaran yang diberikan termasuklah Yatt Sejadah dan macam-macam lagi. Namun, Yatt mengakui beliau sedikit pun tidak kisah digelar sebegitu.

Menurut Yatt, masyarakat sering beranggapan bahawa seorang yang menutup aurat itu tidak boleh melakukan sedikit kesalahan dan harus tampak sempurna selalu.

Saya tahu ramai yang bercakap belakang kononnya saya hanya sekadar tunjuk baik. Saya juga maklum ada segelintir pihak menggelarkan saya sebagai ‘Yatt Sejadah’.

Biarlah apa mereka hendak cakap. Malas mahu melayan atau berbalah dengan orang yang mempunyai mentaliti begini.

Advertisement

Lagipun dari dulu lagi saya sering menjadi mangsa kritikan. Lebih baik saya ambil pendekatan tidak ambil serius dengan setiap isu berkaitan diri. Masyarakat sering menyalah anggap bahawa wanita berhijrah atau bertudung juga manusia yang akan buat kesalahan dalam hidup.

Biarlah apa sahaja yang mereka hendak kata tentang anda Yatt, yang penting keluarga,insan tercinta tahu siapa diri anda yang sebenar. Dalam mencari keberkatan dan berhijrah pasti ada cabarannya.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top