Syukur dan tahniah. Memetik
Berita Harian hari ini, pelakon Yatt Hamzah telah menarik balik permohonan cerai dengan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah.
Pada awal Februari yang lalu, Yat Hamzah telah menfailkan permohonan cerai dengan suaminya tetapi telah memohon penangguhan pada awal Mac atas alasan mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik. Baguslah kalau begitu. kami di Beautifulnara mendoakan agar pasangan ini kembali bersatu dengan aman damai dan bahagia.
P/S: Jangan tak tahu yang
Best Buy World kini menawarkan potongan sebanyak RM15 bagi T-Shirt berjenama yang dijual di laman mereka. Cuma masukkan code ‘TSHIRTRM15’ ketika pembelian. Apa lagi. Jomlah segera ke
Best Buy World.