Seorang pelajar yang dikenali sebagai Yasmin, rakan karib kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, kini menjadi fokus ramai selepas didakwa bercakap buruk mengenai seorang senior dikenali sebagai “Kak Minas”. Kisah itu mencetuskan kontroversi apabila pelbagai cerita di media sosial.
Menerusi beberapa video di media sosial, Yasmin dikatakan sanggup membuat sumpah atas kitab suci Al‑Quran bagi menafikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Kak Dedeng ada, ketua dorm kami ada, Kak Minas pun ada. Yasmin kena fitnah kononnya dia cakap Kak Minas tu acah-acah senior.
Rakaman suara tular yang menampilkan perbualan Zara dan ibunya mendedahkan bahawa fitnah itu bermula dari dakwaan bahawa Yasmin pernah mengatakan Kak Minas ‘acted’ seperti senior dan bercakap buruk.
Namun, peguam keluarga menegaskan Yasmin tidak pernah berkata demikian dan ditekan secara beramai-ramai sehingga menangis teruk.
Mak tahu, Zara hampir kena ‘touch’ semalam, nasib baik tak kena panggil.
Datang dari belakang, macam mana Yasmin nak lari? Nak dekat 1 jam mereka jumpa Yasmin
Sumber lain turut memaklumkan bahawa Zara, yang sering menghabiskan masa bersama Yasmin, yakin rakan baiknya itu tidak bersalah dan cuba membetulkan persepsi awam meskipun perbualan mendedahkan allahyarham mengeluh akibat situasi tegang tersebut.
Perkembangan Hangat Media Sosial
Isu tersebut terus menjadi viral apabila percakapan netizen dan pelajar sekolah lain turut menyifatkan Yasmin sebagai punca ketegangan dalam insiden kematian Zara. Walau bagaimanapun, ada pandangan yang menyokong keberanian Yasmin menegakkan kebenaran melalui sumpah agama.
Sudah si Yasmin cakap begitu (tak betul), si Yasmin siap bersumpah pegang Al‑Quran lagi.
Selainn itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.