(TERBARU)Yasmin Ahmad Tak Mati, Selamat Jalani Pembedahan Otak

(TERBARU)Yasmin Ahmad Tak Mati, Selamat Jalani Pembedahan Otak

yasmin ahmad mati

Heboh sekejap petang tadi khabar angin kematian Yasmin Ahmad. Kononnya Yasmin Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung dan tergolek jatuh di Sri Pentas TV3. Banyak blog-blog hiburan dan forum-forum gosip pantas menyebarkan berita ini tanpa mengesahkan kesahihannya terlebih dahulu. Bahaya tue beb. Nyawa orang nie jangan wat main-main.

Advertisement

Terbaru berita yang kami dapati tentang kematian palsu Yasmin Ahmad ialah beliau telah selamat menjalani pembedahan otak di Hospital Pakar Damansara. Punca sebenarnya Yasmin Ahmad jatuh di Sri Pentas ialah kerana diserang strok dan berlaku pendarahan di otaknya. Yasmin Ahmad segera dikejarkan ke ICU selepas jatuh semasa membentangkan kerja kerja di Sri Pentas.

Takziah buat Yasmin Ahmad yang bagi kami merupakan seorang pengarah kreatif Malaysia. Banyak filem dan iklan dia yang betul-betul menyentuh jiwa. Walaupun banyak undang kontroversi, nama Yasmin Ahmad sememangnya tetap popular di kalangan penggemar filem Malaysia.

Oh ya jika anda tak pernah melihat artikel kami tentang jantina Yasmin Ahmad yang dikatakan sebenarnya lelaki,bolehlah pergi membacanya. Sambil-sambil itu kita doakan yang semoga Yasmin cepat sembuh dan kembali menyinari dunia perfileman Malaysia. (ayat skema la pulak)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...