Baru-baru ini, majlis pernikahan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman menjadi bualan rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu penampilan pengantin jelita itu. Namun, busana pilihan usahawan ini telah menerima teguran kerana dianggap seksi dan kurang sopan.
Tyra terima teguran
Kata segelintir pihak, persalinan yang dipakai oleh Tyra pada hari pernikahannya 3 Mei lalu tidak sopan untuk majlis tersebut dan dianggap terlalu mencolok mata.
Meskipun dikritik sedemikian, usahawan kosmetik ini tidak cepat melatah dan menerima teguran daripada netizen dengan hati yang terbuka. Malah, dia berasa bersyukur apabila mengetahui ramai yang mengambil berat dan mendoakan dirinya.
Saya terima dengan hati yang terbuka, saya tak nampak apa-apa yang salah dengan orang memberi pandangan mereka.
Lebihnya mereka mendoakan dan bercakap benda baik untuk saya, yang tak baik kita tolak tepi.
Jangan cepat menghukum
Sementara itu, melalui hantaran di Instagram story, Tyra menasihati orang ramai untuk tidak cepat menghukum kerana manusia tidak akan lari daripada melakukan kesalahan. Cukup sekadar mendoakan individu tersebut untuk terbuka hatinya.
Manusia mana yang lari dari membuat kesilapan tetapi ia bukan juga kerja kita untuk menghukum.
Cukup sekadar mendoakan, Tyra pun hargai teguran dan doa yang diterima.
View this post on Instagram
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.