Sedia maklum, hari ini berlakunya himpunan secara besar-besar di ibu kota, di mana ribuan peserta melaungkan ‘Turun Anwar’ dan ‘Bangkit-Bangkit’.
Kekecohan berlaku di perhimpunan ‘Turun Anwar’
Difahamkan, sejak pagi, terdapat empat lokasi di sekitar pusat bandar menjadi lokasi peserta berkumpul sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka bagi menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan.
View this post on Instagram
Dapat dilihat di setiap platform media sosial, tular beberapa video memaparkan kekecohan yang berlaku di lokasi-lokasi yang terlibat.
“Siapa je yang layak ganti PMX?”
Disebabkan topik ini menjadi bualan utama warganet, terdapat sesetengah netizen yang persoalkan individu manakah yang layak untuk mengambil jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.
Malah, ada juga yang meluahkan rasa tidak yakin jika ada individu daripada parti pembangkang mahu mengambil jawatan PM.
Sekadar info, Anwar Ibrahim sudah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 selama tiga tahun selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah setelah mendapat majoriti sokongan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat.