“Yang Sinis Tu Tak Apalah, Biar Allah Bersihkan Hati” – Pergi Tabligh Tapi Diperli, Ini Jawab Beego

Hiburan

“Yang Sinis Tu Tak Apalah, Biar Allah Bersihkan Hati” – Pergi Tabligh Tapi Diperli, Ini Jawab Beego

Melalui laporan Harian Metro, pelakon Beego menyatakan dirinya tidak kisah diperli orang sekeliling susulan tindakannya menyertai program Tiga Hari Keluar di Jalan Allah di Pulau Perhentian, Terengganu.

Tak kisah diperli

Kata pelakon berusia 45 tahun itu, dia menyertai program berkenaan bukan untuk menerima pujian daripada orang ramai tetapi untuk diri sendiri serta mahu menjadi seorang insan yang lebih baik.

Advertisement

Tak apa. Yang sinis itu, tak apalah. Biar Allah Ta’ala buka fikiran mereka, bersihkan hati mereka untuk sentiasa berfikiran dan melihat sesuatu benda itu positif.

Beego turut berkata dia bersedia menerima ketentuan Allah untuk berdepan dengan isu perceraiannya bersama isteri, Linda Hashim.

Bersyukur jika berjodoh semula dengan Linda tapi..

Dia turut meluahkan rasa syukur sekiranya jodoh bersama Linda masih panjang tetapi dia menerima jika sudah tiada jodoh bersama wanita itu kerana hidup perlu diteruskan.

Tapi kalau tak ada, mungkin bukan jodoh saya. Kalau ada, alhamdulillah. Jadi untuk anak-anak, boleh baik-baik. Jadi untuk Linda, dia boleh bagi peluang semula.

1 day ago

"Tabligh Dah Betul, Jangan 'Wayang' Sahaja" - Linda Hashim Harap Beego Tak Culas Tanggungjawab, Nafkah Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...