Isu Datuk Seri Vida bersama Aishah masih lagi belum reda dan terbaru beliau dihimpit kontroversi lagi apabila didakwa menghina artis legenda yang menyertai program Gegar Vaganza sebagai ‘sendu’.
Ramai artis menyifatkan apa yang dikatakan oleh DSV agak keterlaluan kerana tidak menghormati sensitiviti golongan artis.
Terbaru, pelakon popular Datin Diana Danielle menerusi Insta Stories turut meluahkan rasa bengang dengan kenyataan DSV. Buat Diana, Aishah mempunyai kelasnya tersendiri manakala yang layak digelar ‘sendu’ adalah jutawan kosmetik itu.
Terdahulu, meskipun dikecam DSV tetap mempertahankan pendapat dan kenyataan beliau bahawa program GV sememangnya bertujuan untuk menaikkan artis ‘sendu’. Beliau juga menyeru artis yang terasa dengan kata-katanya itu bangkit dan jadikan diri mereka lebih dikenali agar tidak ‘sendu’ lagi.