“Yang Sebar, Yang Mengata, Masyar Itu Benar..”- Ungku Ismail Dan Nad Zainal Seronok ‘Kutip’ Pahala Kena Cop Sombong

Hiburan

“Yang Sebar, Yang Mengata, Masyar Itu Benar..”- Ungku Ismail Dan Nad Zainal Seronok ‘Kutip’ Pahala Kena Cop Sombong

Suami kepada Nad Zainal, pelakon Ungku Ismail tampil memberi respon gara-gara isteri kesayangannya itu dilabel sombong ketika disapa peminat di Festival Ramadan Putrajaya 2023 baru-baru ini.

Kata Ungku, dia berasa bersyukur kerana dapat mengumpul banyak pahala gara-gara dikecam netizen berikutan insiden itu.

Advertisement

Ungku Ismail Nad Zainal kekwat sombong

Alhamdulillah, banyak pahala kami dapat daripada cemuhan, kutukan, hinaan, ungkitan, amalan sejak semalam. Ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala mereka beramai-ramai. Subhanallah.

Luahan perasaan itu turut dikongsikan Ungku menerusi satu hantaran Instagram Story miliknya, semalam.

Tambahnya lagi, dia dan Nad menganggap perkara itu sebagai satu ujian dan berkata segala kebenaran akan terbukti di akhirat kelak tanpa perlu mempertahankan diri mereka.

@herlaianbabes

Alhamdulillah Syukur dah sihat tengok Nad Zainal kita semoga sentiasa sihat insyAllah ? #Festivalramadhan2023 #bajuraya #anjungsyawal #putrajaya #fyp? #fypdongggggggg #bazarraya2023 #bajurayarahmah #herlaianbabe #herlaian #rahmah #fyp

? Santai – Faizal Tahir

Yang muat naik, yang beritakan, yang sebar, yang mengata. Masyar itu benar. Kita sabar, nantikan. Sabar baby, ujian Ramadan Nad Zainal.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Nad bersama-sama Ungku sedang berjalan di beberapa buah kedai menjual pakaian dan ditegur oleh peminat.

Namun begitu, reaksi Nad dan suaminya dianggap sombong kerana didakwa melemparkan senyuman kelat kepada peminat yang menegur mereka berdua.

nad zainal
1 year ago

"Masa Sakit Pandai Minta Doa Peminat" - Netizen Kritik Nad Zainal & Ungku Ismail 'Kekwat', Tak Mesra Ketika Disapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...