Suami kepada Nad Zainal, pelakon Ungku Ismail tampil memberi respon gara-gara isteri kesayangannya itu dilabel sombong ketika disapa peminat di Festival Ramadan Putrajaya 2023 baru-baru ini.
Kata Ungku, dia berasa bersyukur kerana dapat mengumpul banyak pahala gara-gara dikecam netizen berikutan insiden itu.
Alhamdulillah, banyak pahala kami dapat daripada cemuhan, kutukan, hinaan, ungkitan, amalan sejak semalam. Ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala mereka beramai-ramai. Subhanallah.
Luahan perasaan itu turut dikongsikan Ungku menerusi satu hantaran Instagram Story miliknya, semalam.
Tambahnya lagi, dia dan Nad menganggap perkara itu sebagai satu ujian dan berkata segala kebenaran akan terbukti di akhirat kelak tanpa perlu mempertahankan diri mereka.
@herlaianbabes Alhamdulillah Syukur dah sihat tengok Nad Zainal kita semoga sentiasa sihat insyAllah ? #Festivalramadhan2023 #bajuraya #anjungsyawal #putrajaya #fyp? #fypdongggggggg #bazarraya2023 #bajurayarahmah #herlaianbabe #herlaian #rahmah #fyp
Yang muat naik, yang beritakan, yang sebar, yang mengata. Masyar itu benar. Kita sabar, nantikan. Sabar baby, ujian Ramadan Nad Zainal.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Nad bersama-sama Ungku sedang berjalan di beberapa buah kedai menjual pakaian dan ditegur oleh peminat.
Namun begitu, reaksi Nad dan suaminya dianggap sombong kerana didakwa melemparkan senyuman kelat kepada peminat yang menegur mereka berdua.