Video dimuat naik oleh pendakwah selebriti, Da’i Syed di TikTok baru-baru ini mendapat perhatian ramai netizen di internet.
Rata-ratanya mengecam tindakannya kerana tidak membawa imej seorang pendakwah dan ada yang memerlinya kerana membuat ‘content’ sebegitu di media sosial.
Selepas teruk dikecam warganet, Syed tampil memberi respon dan penjelasan tentang video yang dirakam bersama pelakon jelita, Anna Jobling.
Menurut mStar, dia berkata video berdurasi lapan saat itu hanyalah dirakam bertujuan untuk mempromosikan drama terbaru lakonannya bersama Anna.
Video tersebut hanyalah content untuk sama-sama saya mempromosikan drama terbaru saya bersama Anna Jobling, ‘Terima Kasih Cinta’.”
@daisyed_ Hi melur ? @annajobling
Jelas Syed lagi, dia memegang watak seorang ustaz di dalam drama tersebut dan ketika video itu dirakam ramai kru-kru berada di sekeliling mereka.
Dia juga berkata tanggapan dan komen orang ramai mungkin disebabkan ‘filter’, kamera dan posisi kedudukan nampak seperti mereka duduk rapat antara satu sama lain.
Meskipun dikecam, dia akui tidak dapat menutup mulut orang kerana setiap orang mempunyai pendapat masing-masing.
Baginya, asalkan dia rasa dan yakin apa dilakukan itu tidak melebihi hukum atau menimbulkan sensitiviti ia tiada masalah buatnya.
Yang saya rasa dan yakin dengan apa yang saya buat sekarang ini tidak melebihi hukum atau perkara yang menimbulkan sensitiviti orang.”