Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Yang Salah Tetap Salah” – Hafiz Hamidun Akui Bertemu Da’i Syed Malam Sebelum Pendakwah Itu Ditahan

Mendedahkan dirinya bertemu dengan Da’i Syed pada malam sebelum pendakwah selebriti itu ditahan polis, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun akui pertemuan itu bertujuan untuk meminta nasihat dan pandangan.

Advertisement

Katanya, beliau amat bersimpati kepada pendakwah itu yang kini khabarnya ditahan polis bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya.

“Saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Syed Iqmal. Malam sebelum dia ditahan, dia ada berjumpa dengan saya, minta nasihat dan pandangan. Apa yang saya boleh nasihat, saya nasihatlah. Dan saya juga berikan contact peguam yang kini mewakili dirinya.”

Ujar Hafiz lagi, beliau juga dilihat tampil menasihati pendakwah itu agar menjadikan segalah pengalaman ngeri ini sebagai satu pengajaran untuknya.

“Saya dah bagitau Syed, kena hadapi segala-galanya, secara mental dan fizikal. Dia tunduk, faham. Semoga Syed belajar dari pengalaman ini. Pada saya, yang salah tetap salah. Tetapi sebagai kenalan, tetap ada simpati kepada dia.”

Advertisement

Terdahulu kecoh di media sosial apabila Syed difahamkan direman selama lima hari pada 27 November bagi membantu siasatan kes jenayah seksual.

Namun pada Isnin lalu, polis menerima enam lagi laporan kes salah laku seks berkaitan pendakwah itu.

Untuk rekod, siasatan bakal dijalankan di bawah kesalahan kesalahan seksual 376 Kanun Keseksaan (rogol), 354 kanun Keseksaan (cabul), 377 (c) (seks luar tabii) dan 323 Kanun Keseksaan (mencederakan). Malah, perintah reman juga turut dilanjutkan selama lima hari bermula Rabu sehingga Ahad ini.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    December 3, 2020 at 11:36 am

    siyeslaa confirm die buat. ya Allah bantulah hambamu yg teraniaya. both could be suspek & mangsa. tlg la siasat btol2. biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top