Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Yang Sakit Hati Dengan Saya, Jangan Risau I Wont Be Here Forever..” – Aishah

Penyanyi senior, Aishah menerusi sebuah hantaran di Instagramnya berkata, dia akan berhenti melibatkan diri dalam dunia seni usai saja hajat dan impiannya tercapai dalam bidang nyanyian yang diceburinya kini.

Aisyah Sumber : Instagram Aishah  

Ujar Aishah, dia kini tidak mahu lagi menghiraukan kata-kata serta komen negatif daripada segelintir individu dan hanya ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjayanya sebagai penyanyi.

Advertisement

Dalam pada itu, Aishah berkata dia mempunyai beberapa perkara untuk dilunaskan sebelum berundur daripada dunia seni tempatan.

“Hidup mesti diteruskan, buat sementara ini I akan terus berkarya dan menyanyi. Yang sakit sangat hati dengan kehadiran I dalam industri ini jangan risau, saya tak selamanya disini. Ada beberapa perkara yang I terpaksa lunaskan sebelum berundur diri..”

Penyanyi lagu popular era 90-an Janji Manismu ini juga memberitahu bahawa karya yang dipersembahkan haruslah menyenangkan hati pendengar serta menghiburkan dan bukanlah medium untuk menyebarkan kebencian sesama insan.

Advertisement

“Berkarya hanya bila ianya menyenangkan dan menghiburkan hati. Seni muzik halwa telinga sepatutnya memberikan kegembiraan kepada yang mendengar.” tulisnya di Instagram.

Terdahulu, Aishah merupakan antara salah seorang daripada barisan finalis di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL) yang membawa lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    March 22, 2021 at 1:33 pm

    kesian aishah. bdk2 zmn skg ni semua nk retis buat sesuatu ikot kehendak dorg. dorg igt artis tu bukan manusia ke. pon ade kehendak sendiri. bolayan je depa semua tu aishah. u got the voice. u got the personaliti. u are you! jgn heran ape org lain ckp.

  2. anonymous

    March 22, 2021 at 10:23 am

    pegi tgok utube kak ecah ni international suprstar dulu tak der sapa leh challenge dia ok nyanyi live kat concert fuhhh gilerrr mantap! very energetic personaliti apearance style over the top…SALUTE

  3. Anonymous

    March 21, 2021 at 10:19 am

    aku rs yang menyampah dgn aisyah ni BBNU je..overacting jenis suke mengecam ckp tak pki otak

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama