‘Yang Rasa Ada Simptom ADHD Atau Bipolar Segera Jumpa Doktor’ – Sharifah Sakinah

Hiburan

‘Yang Rasa Ada Simptom ADHD Atau Bipolar Segera Jumpa Doktor’ – Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah menasihati orang ramai yang merasakan diri mereka mempunyai simptom-simptom Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD segera berjumpa dengan doktor unutk mendapatkan pengesahan dan bukannya membuat kajian sendiri melalui laman Google. 

Sharifah Sakinah atau nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired berkongsi di hantaran Instagram nya bahawa dirinya telah pun mendapat pengesahan lanjut daripada doktor mengenai kesihatan mentalnya ini.

Advertisement
Sharifah Sakinah Akui Hidupnya Haru-Biru Selepas BerceraiSumber : Instagram Sharifah Sakinah  

Katanya di dalam hantaran tersebut,

Terlebih dahulu, mereka yang merasakan ada simptom-simptom ADHD atau bipolar, sila dapatkan pengesahan daripada doktor, bukan seorang tetapi ramai (lebih daripada satu doktor). Bukan melalui diagnosis daripada Google.

Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk diinterviu dengan doktor termasuk menghubungi keluarga serta menjalani beberapa ujian untuk didignosis.

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu turut menasihati individu yang menghidap ADHD ini untuk sentiasa mengikut saranan dan nasihat doktor walaupun sukar untuk menjadi seorang yang berdisiplin.

Sebelum ini, Sakinah ada berkongsi berkenan kesihatan mentalnya ini dan mengakui akan berpindah ke luar negara apabila dia sudah berkahwin bersama kekasih hati, Michael Hansen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...