Baru sahaja mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti, Adam Lee dan Sweet Qismina menyatakan akan menjaga batas terhadap lakonan yang akan dijayakan.
Menurut sumber, Adam pernah menolak tawaran berlakon melibatkan adegan intim dan bersentuhan ketika fasa pertunangan lagi demi menjaga hati pasangan.
Sebelum ini lagi, kami sudah pun mula menjaga batas serta sering ingat mengingati. Malah saya pernah tolak tawaran berlakon melibatkan adegan intim dan bersentuhan.”
Jelasnya lagi, berlakon itu merupakan satu karier dan kadangkala hubungan lelaki dan perempuan dalam lakonan tidak dapat dielakkan, namun apa yang penting adalah masing-masing perlu tahu menjaga batas ketika melakonkan satu watak.
Berlakon itu satu kerjaya, macam mana sekalipun pasti tak boleh nak elak hubungan lelaki dan perempuan dalam satu drama. Apa yang penting, masing-masing tahu jaga batas apa patut dan tak patut.”
Dalam pada itu, Sweet Qismina sempat menitipkan pesanan supaya bersikap jujur dalam perhubungan dan jangan sesekali menipu pasangan.
Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan.”
Sekadar info, pasangan itu selamat bernikah dengan sekali lafaz di sebuah lokasi acara di Ampang dan Sweet telah menerima mas kahwin RM2,410.97 serta tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin perempuan.