Semakin hari semakin menjadi tumpuan, pasangan suami isteri Fatin Afeefa dan Aliff Awang hari ini menjadi tular lagi dengan kisah ‘sweet’ antara mereka berdua.
Difahamkan, Aliff yang mesra disapa sebagai Opai ada membelikan isterinya berpuluh helai tudung sehingga mencecah RM5,000.
Dalam video yang menjadi tular itu, Fatin dilihat sedang sibuk memilih corak tudung di sebuah butik popular.
Opai juga meminta Fatin untuk mengambil sebanyak mana tudung yang dimahukannya.
Ambil je banyak mana nak. Pelan pelan kayuh ya sayang.
Mungkin Fatin ingin mula mengenakan hijab sepenuhnya, Opai dilihat menyokong hasrat isterinya tanpa berbelah bahagi dan tidak lokek berbelanja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Fatin terbuka hati untuk berhijab dan turut memuji suaminya itu kerana sanggup berbelanja ribuan ringgit.
Namun ada juga yang mengkritik tindakan Aliff yang dianggap menunjuk-nunjuk dan riak.
Terdahulu, Aliff Awang pernah menjadi tumpuan netizen gara-gara dia berkongsi jumlah pendapatannya yang mencecah RM76,000 seminggu.