“Yang Penting Kau Menang ‘Battle’ Dapatkan Anak..” – Sharnaaz Ahmad Kongsi Tips ‘Co-Parenting’ Dengan Noor Nabila

Hiburan

“Yang Penting Kau Menang ‘Battle’ Dapatkan Anak..” – Sharnaaz Ahmad Kongsi Tips ‘Co-Parenting’ Dengan Noor Nabila

Pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ini ada berkongsi cara membesarkan serta menguruskan anak, Jebat Jayden bersama bekas isteri, Noor Nabila.

Ujarnya sebagai lelaki yang pernah melalui fasa perceraian, Sharnaaz menasihati para bapa untuk memulakan terlebih dahulu iaitu menurunkan ego demi anak-anak.

Advertisement

Memang kena tolak ansur. Bukan tolak ansur tau, kalau saya duduk di pihak lelaki ya, perempuan takkan tolak ansur dengan kau. Ini adalah daripada pihak lelaki.

Lelaki kena turunkan ego demi anak-anak

@pama.my

Warganet suka tengok cara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila membesarkan Jebat Jayden baik-baik walaupun tidak lagi bersama. Ini pesanan dari Sharnaaz buat yang menghadapi situasi yang sama #divorce #sharnaazahmad #noornabila #jebatjayden #majalahpama #fyp

? Piano sleep LoFi slow midnight(808930) – Gloveity

Tambah Sharnaaz, kaum lelaki sepatutnya merendahkan ego dan tidak mengambil kesempatan di atas peluang tersebut.

Perempuan ini takkan bertolak ansur dengan kau selagi kau tak mulakan dulu. Jadi kau mula dulu, kau rendahkan, bukan satu step tapi kau rendahkan dua step dari ego kau.

Dekat situ, dia akan mula turun, bila dia mula turun, kau jangan ambil kesempatan. Kau turun lagi, supaya kau kalah lagi dua, tiga game. Yang penting, kau menang battle untuk dapatkan anak kau macam mana kau nak.

Sharnaaz berkongsi perkara itu ketika satu temu bual di akaun TikTok Pa&Ma.

“Kalah tak semestinya kalah, kalah perjuangan, belum tentu kalah battle” katanya lagi.

Sekadar info, Sharnaaz dan Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada tahun 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nabila
10 months ago

"Bab Percintaan Mereka, Saya Tak Masuk Campur.." - Nabila Mendoakan Yang Terbaik Untuk Sharnaaz & Amelia, Persahabatan Tetap Kekal

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...