“Yang Penting Dia Belum Kahwin & Tak Ada Anak” – Siti Saleha Mengaku Joshua Fitton Jejaka ‘Mix’ Yang Dimaksudkan

Hiburan

“Yang Penting Dia Belum Kahwin & Tak Ada Anak” – Siti Saleha Mengaku Joshua Fitton Jejaka ‘Mix’ Yang Dimaksudkan

Sebelum ini, pelakon jelita iaitu Siti Saleha telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram memaparkan foto bersama seorang jejaka.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah tular dan menjadi bualan hangat orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan sama ada itulah jejaka yang sedang dikenalinya.

Advertisement

Tampil menjelaskan mengenai foto tersebut, Siti Saleha atau lebih mesra dipanggil Sally mengakui jejaka itu adalah lelaki kacukan yang pernah dimaksudkannya sebelum ini.

Menurutnya, mereka berdua masih dalam tempoh berkenalan dan sedang mengenali hati masing-masing.

Yes, betul, dia lah orang yang saya pernah kata sebelum ni.

Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun itu berharap orang ramai tidak melebih-lebih untuk memikirkan apa yang seterusnya mereka berdua perlu lakukan memandangkan mereka masih dalam tempoh berkawan.

Difahamkan, jejaka itu merupakan seorang pereka fesyen jenama pakaian lelaki yang dikenali sebagai Joshua Fitton.

Saya mula-mula kenal adik dia, baru kenal dia. Everything going ok. Apa yang penting dia belum kahwin dan tak ada anak.

Info tambahan, Siti Saleha pernah berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar, pada 28 Julai 2017 namun berpisah 22 Januari 2022.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Mix Tang Mana? Kacuk 'Berduit' Je Ni" - Dedah 'BF' Baru, Ramai Rasa 'Tertipu' Dengan Siti Saleha?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...