Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yang Penting Bukan Suami Orang, Mas Idayu Akui Hati Terbuka Untuk Kahwin Lagi

Hampir 15 tahun memegang status ibu tunggal, ratu dangdut negara Mas Idayu mendedahkan bahawa hatinya kini sudah terbuka untuk mencari teman hidup yang baru.

Mas IdayuSumber : Instagram Mas Idayu  

Meskipun belum berjumpa calon yang sesuai, pemilik nama Masidayu Mesnun,49, ini berkata bahawa dia kini sudah bersedia untuk kembali bergelar isteri.

Advertisement

Ujar Mas Idayu lagi, dia masih belum mengetahui siapakah bakal jodohnya dan turut merasakan lelaki di luar sana mungkin tidak berani untuk memulakan perhubungan kerana tanggapan yang salah mengenai perwatakannya di dunia sebenar.

“Buat masa ini sejujurnya saya memang masih belum jumpa, tak tahulah siapa bakal jodoh itu, mungkin mereka tak berani nak berkawan dengan saya. Orang selalu tengok karakter saya di televisyen nampak garang dan bengis tapi kalau orang yang kenal saya secara peribadi mereka tahu saya bukan begitu.”

Penyanyi lagu Robek Hatiku ini ditemui media ketika berada di set penggambaran drama Kampung Kolestrol yang diadakan di Ijok, Selangor.

Kata Mas Idayu, dia tidak mahu terlalu berharap apabila disoal mengenai isu jodoh namun sebaliknya hanya menyerahkan kepada Allah S.W.T untuk menentukan apa sahaja yang terbaik untuk dirinya.

Dia dalam pada itu turut memberitahu bahawa tidak kisah akan latar belakang bakal suami namun mestilah mempunyai keserasian dan saling memahami.

“Yang paling penting dia bukan suami orang! Kalau lelaki itu orang seberang (Indonesia) pun saya okay sahaja.” ujar Mas Idayu.

View this post on Instagram

A post shared by DannyShah (@d4nny.shah)

Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka pada tahun 1997 sebelum bercerai pada tahun 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini Ashiqah yang kini berusia 23 tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top