Siapa tidak kenal dengan pelakon berbakat Noorkhiriah yang mampu menjiwai apa sahaja watak dengan baik. Bukan sahaja komedi, anak kelahiran Raub, Pahang ini juga handal bermain air mata. Penonton pun ikut sama menangis!
Tidak hairanlah jika Noorkhiriah berjaya menggondol kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2007 dan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2010.
Namun begitu, pelakon ini menerusi hantaran di Instagram mengingatkan anak seni supaya tidak sombong dan lupa diri apabila memenangi anugerah. Apa yang paling penting adalah adab, rasa hormat dan disiplin.
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, apabila bekerja dalam kumpulan seseorang tidak boleh membuat keputusan ‘ikut kepala’ sendiri sahaja. Dia turut menasihati anak seni supaya tidak terlalu mengejar gelaran sebaliknya bekerjalah dengan seikhlas hati.
View this post on Instagram
Sementara itu, di hantaran lain pelakon yang popular dengan drama Nur ini berkata dia mengambil masa 10 tahun untuk benar-benar kukuh berada dalam industri lakonan. Kesungguhan adalah sangat penting walaupun ada kalanya dia sendiri ‘terjatuh’. Namun, dia bangkit kembali apabila mengenangkan tanggungjawab serta tujuan utama dia berada di situ.