Yang Pasti Kami Tak Kahwin Lari – Alyah

Hiburan

Yang Pasti Kami Tak Kahwin Lari – Alyah

Sama seperti yang pernah diberitahu oleh Datuk Ramli MS, Datin Alyah hari ini telah menegaskan yang perkahwinan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak dan bukannya kahwin lari seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Ada desas-desus kononnya ibu Alyah menangis kerana anaknya dipaksa kahwin lari, namun ternyata ia adalah palsu semata-mata. Datuk Ramli MS gentleman orangnya, tak main la kahwin lari-lari nie.

ramli ms

Advertisement

Alyah juga nampaknya semakin ceria dan gembira setelah berita perkahwinannya diketahui umum. Iyerlah, tak perlu nak berahsia apa-apa lagi. Kini semua pihak dah tahu dirinya adalah isteri kepada Datuk Ramli MS. Kata Alyah:-

Kehidupan saya macam biasa. Cuma mana-mana orang akan cakap tahniah. Tak kurang juga yang ucap Selamat Pengantin Baru. Malah ada yang usik saya dengan panggilan Datin. Mula mula janggal juga dengan panggilan itu. Alyah tak ambil pusing sangat gelaran itu. Insiden yang terjadi itu sudah tak mahu saya dikenang. Apa yang terjadi ada hikmahnya.

Bukan saya tak pernah lalui kesukaran sedemikian rupa. Apa yang pasti saya mendapat maklum balas yang positif dan tak ada yang cakap belakang. Yang pasti, kami tak kahwin lari atau membelakangkan keluarga. Kami kahwin atas restu keluarga. Tak timbul isu saya menderhaka sehingga wujud cerita ibu saya menangis.

Soal kenapa dirahsiakan itu, saya rasa biarlah dia (Ramli) yang jawab. Cuma di pihak saya, apabila berkahwin ini segala keputusan bukan atas diri sendiri. Sekarang dah ada suami, banyak benda kena rujuk kepada dia.

Soal rahsia perkahwinan ini pun bukan suka suka. Hanya orang awam saja tak tahu tapi keluarga kami tahu kami sudah berkahwin. Cuma saya mohon pengertian orang di luar sana.

ramli ms

Alyah kini menetap di Damansara dan berulang alik ke rumah suaminya di Bandar Kinrara untuk membantu mengemas rumah. Menurut Alyah lagi, satu majlis doa selamat untuk masuk rumah baru akan diadakan oleh Ramli MS pada awal bulan depan. Apa pun, Abang Nara bergembira kerana Alyah kini lebih tenang menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Semoga selepas ini ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga pula. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...