Pempengaruh dan usahawan Aliff Awang menarik perhatian ramai apabila didakwa mengeluarkan kenyataan ‘mengundang’ terhadap seorang petinju Muay Thai terkenal.
Dalam satu hantaran di TikTok, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai berkongsi tentang kesibukannya bertemu beberapa atlet Muay Thai ternama seperti Rodtang Jitmuangnon.
Menurut Opai, satu program realiti yang memfokuskan kepada pencarian bakat dalam dunia pertarungan bakal dianjurkan di Malaysia.
Hari ini sangat sibuk. Sepanjang hari aku lepak denga Rodtang, Tawanchai dan ramai lagi. Yang paling aku tak boleh gambarkan, ada kemungkinan satu kejuaraan Malaysia akan berlangsung.
Berdasarkan perbincangan, kita akan ada program ‘Road To One’ sama seperti program UFC. Ini adalah projek yang gila.
Namun begitu, kenyataan Opai menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila dia menyebut nama petinju Muay Thai, Jojo Ghazali.
Opai menyatakan bahawa Jojo bukanlah pilihan utama untuk mewakili negara kerana kekerapannya tewas dalam perlawanan.
Kita akan bangga dengan petinju Malaysia yang akan berusaha dapatkan kemenangan itu.
Siapa? Yang semestinya bukan Jojo. Dia selalu kalah. Mungkin Aliff Rakib.”
Walaupun begitu, Opai tidak menafikan kenyataannya tersebut dan turut menjelaskan bahawa Jojo yang baru berusia 17 tahun sebenarnya layak untuk bertanding.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.