Baru-baru ini, pelakon Farid Kamil ada mengemas kini Instagram di mana dia memuat naik foto dirinya baru sahaja menikmati hidangan di sebuah restoran.
Dalam foto tersebut, Farid ada bertanyakan peminat sama ada sudah sarapan pagi ataupun belum.
Ternyata, komen-komen netizen dalam hantaran tersebut agak mencuit hati gara-gara pelakon itu dilihat tidak memakan sayur.
Malah, ada yang ‘memerli’ Farid di mana tiada pasangan yang menemani ketika dia makan di restoran tersebut.
Yang ni tangan nak pegang-pegang takde.
Ada juga yang mendoakan Farid untuk sentiasa tenang dan tabah setelah dia diuji dengan perceraian rumah tangga bersama pelakon Diana Danielle sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.