“Yang Ni Sangatlah Membebankan..” – Kereta Jenama Mewah Telah Terjual, Kini Saharul Ridzwan Berniat Jual Kediaman Pula

Hiburan

“Yang Ni Sangatlah Membebankan..” – Kereta Jenama Mewah Telah Terjual, Kini Saharul Ridzwan Berniat Jual Kediaman Pula

Selepas dirinya telah menjual kereta jenama mewah Mercedes Benz, pelakon popular Saharul Ridzwan kini ingin melunaskan satu lagi hajat iaitu menjual rumah miliknya di Cyberjaya.

Membebankan diri

Menurut aktor ini, punca dirinya ingin melepaskan rumah tersebut adalah kerana kediaman berkenaan dibiayai oleh pinjaman konvensional yang merupakan pembiayaan bank yang melibatkan riba.

Advertisement

Katanya, dirinya memang berniat untuk menjual rumahnya itu kerana terlalu membebankan dirinya setiap hari.

Lepas ini rumah pula, yang ni sangatlah membebankan saya setiap hari untuk fikirkan sebab ia adalah pinjaman konvensional.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

Pada masa yang sama, Saharul juga sedang dalam proses untuk menukar nama pemilik keretanya itu kepada nama pemilik yang baru. Aktor ini turut berterima kasih atas sokongan dan respon yang baik daripada orang ramai.

Terima kasih atas doa anda semua. Nampak macam benda kecil tapi sangatlah bermakna bagi saya.

Terdahulu Saharul berniat menjual Mercedes Benz miliknya dengan harga RM84K kerana jarang dipakai dan bagi melunaskan baki pinjaman bank yang dibuat sebelum ini.

kereta
6 months ago

"Ada Belum Sempat Tengok Dah Letak Wang Deposit.." - Mercedes Benz Saharul Ridzwan Dapat Banyak Sambutan Dari 'Followers'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...