Selepas dirinya telah menjual kereta jenama mewah Mercedes Benz, pelakon popular Saharul Ridzwan kini ingin melunaskan satu lagi hajat iaitu menjual rumah miliknya di Cyberjaya.
Membebankan diri
Menurut aktor ini, punca dirinya ingin melepaskan rumah tersebut adalah kerana kediaman berkenaan dibiayai oleh pinjaman konvensional yang merupakan pembiayaan bank yang melibatkan riba.
Katanya, dirinya memang berniat untuk menjual rumahnya itu kerana terlalu membebankan dirinya setiap hari.
Lepas ini rumah pula, yang ni sangatlah membebankan saya setiap hari untuk fikirkan sebab ia adalah pinjaman konvensional.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, Saharul juga sedang dalam proses untuk menukar nama pemilik keretanya itu kepada nama pemilik yang baru. Aktor ini turut berterima kasih atas sokongan dan respon yang baik daripada orang ramai.
Terima kasih atas doa anda semua. Nampak macam benda kecil tapi sangatlah bermakna bagi saya.
Terdahulu Saharul berniat menjual Mercedes Benz miliknya dengan harga RM84K kerana jarang dipakai dan bagi melunaskan baki pinjaman bank yang dibuat sebelum ini.