“Yang Nak Sangat Suami Saya Kenapa?” – Anzalna ‘Sound’ Wanita Cuba Jadi ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangganya

Hiburan

“Yang Nak Sangat Suami Saya Kenapa?” – Anzalna ‘Sound’ Wanita Cuba Jadi ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangganya

Pelakon jelita, Anzalna Nasir tampil memberi reaksi selepas seorang individu dengan berani menyatakan hasrat untuk menjadi madunya semasa sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi perkongsian semula video tersebut, individu berkenaan difahamkan meninggalkan komen menyatakan ingin menjadi isteri kedua kepada suami Anzalna, dengan alasan mahu berkongsi resipi dengannya.

Advertisement

Dia kata dalam Islam lelaki boleh kahwin empat dan bila jadi madu, kita boleh kongsi resipi. Macam resipi kau sedap,” kata Anzalna sambil tergelak kecil.

Apa masalah dia, nak jadi madu saya semata-mata nak kongsi resipi? Tak payah. Yang awak nak sangat suami saya kenapa?

Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut memberi peringatan tentang tanggungjawab seorang isteri dalam menjaga keperluan suami.

Susahlah, kalau kita terlebih jaga suami, mulalah orang nak suami kita.

Kalau tak jaga, nanti orang mengata pula kita tak pandai jaga suami.

Tambah Anzalna, sebagai isteri, dilema sering timbul apabila mahu memastikan suami sentiasa kemas dan wangi.

Nak je suruh suami pakai wangi-wangi, tapi risau pula nanti perempuan lalu sebelah dia terpikat. Jadi serba salah, tapi tetap kena jaga suami kita.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada tahun 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-29 10:35:06

"Serangan Langau 'Acah-Acah' Je Tu" – Erma Fatima Balas Netizen Kritik Selebriti Hadir Majlis Kahwin Fattah & Amira

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...