“Yang Mulut Jahat, Tak Boleh Buat Apa Lah…” – Bertubi-Tubi Dikecam, Haqiem Rusli Selalu Tenangkan Isteri

Hiburan

“Yang Mulut Jahat, Tak Boleh Buat Apa Lah…” – Bertubi-Tubi Dikecam, Haqiem Rusli Selalu Tenangkan Isteri

Anis Sofea sering mendapat kecaman hebat di media sosial sejak tidak berhijab namun penyanyi Haqiem Rusli akui tidak berhenti memberikan kata-kata semangat buat isterinya itu.

Kata penyanyi berusia 25 tahun itu, sebagai suami sudah tentu menjadi tanggungjawabnya untuk sentiasa menjadi pendukung buat isteri.

Advertisement

Saya setiap hari ada dengan dia, setiap masa dan saat. Saya akan pastikan dia okay atau tak. Tipulah tak ada kecil hati. Sebagai suami, saya kena tenangkan dialah. Bagi kata semangat.

haqiem

Dalam pada itu, Haqiem menafikan bahawa hantaran media sosial mamaparkan isterinya bertudung baru-baru ini adalah kerana gimik.

Sebaliknya, dia hanya mahu berkongsi hal yang baik memandangkan Sofea disayangi ramai dan masih ada netizen yang baik hati memberikan nasihat kepadanya secara berhemah.

Nak cakap sedih, semua pihak sedih. Bagi yang mulut-mulut jahat saya tak boleh buat apa. Maafkan saja, hanya itu mampu saya buat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@anissofeaaz)

Pelantun lagu Segalanya itu turut menjelaskan spekulasi bahawa hubungannya dan Sofea mempunyai masalah kerana sudah jarang memuat naik gambar bersama.

Isu-isu keluarga ini, minta jangan banyak kongsi gambar. Kami bukan hidup berpandukan media sosial. Maksudnya, takkan keluar sama tujuh hari, tujuh hari kena kongsi hantaran.

isteri haqiem rusli
9 months ago

"Real Life Princess! Sumpah Lawa" - Tak Lagi Dikecam, Ramai Puji Isteri Haqiem Rusli Manis Pakai Gaun 'Cinderella'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...