“Yang Minta Saya Bermulut Jahat Adalah Penerbit Program, Saya Memang Disuruh Lancang Bila Tanya Soalan” – Janna Nick

Hiburan

“Yang Minta Saya Bermulut Jahat Adalah Penerbit Program, Saya Memang Disuruh Lancang Bila Tanya Soalan” – Janna Nick

Nama pelakon serta pengacara, Janna Nick semakin menjadi bualan ramai susulan tindakannya menyebut ‘perempuan gila’ yang didakwa ditujukan untuk selebriti, Nur Fazura.

Bagaimanapun, Janna menafikan hal tersebut dan berkata gelaran ‘perempuan gila’ itu untuk menceritakan situasi umum, bukannya menyindir bekas isteri Fattah Amin.

Advertisement

Terima netizen kecam tak henti-henti

Tetapi Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, dia terima dengan hati terbuka bila pada awalnya ramai yang tidak faham konteks sebenar.

Saya dalam fasa reda. Kalau dahulu orang kaitkan pasal lambat dapat zuriat dan persendakan, saya sedih, tapi sekarang saya pasrah sahaja. Saya hanya ucap Alhamdulillah. Melenting tidak, meroyan pun tidak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dalam pada itu, Janna mengulas mengenai ada yang melabelnya sebagai pengacara provokasi, di mana dia mengatakan ia adalah tanggungjawab sebagai seorang pengacara.

Disuruh jadi pengacara mulut lancang

Kalau mengacarakan program ilmiah yakni menyampaikan informasi, tak perlu ada sentimen provokasi. Tapi, kalau mengendalikan program hiburan berkonsepkan gosip, begitulah pendekatannya.

Tambahannya lagi, dia bukanlah seorang pengacara yang bermulut jahat dan sama sekali tidak akan jadi seperti itu.

Untuk pengetahuan, kalau saya dapat sesuatu ‘job’ dan ketika mesyuarat atau taklimat produksi, saya memang akan disuruh untuk bermulut lancang ketika bertanyakan soalan. Kalau tiba-tiba masa ‘rehersal’ program, saya jadi baik, lepas habis sesi produser akan tegur dan minta kembali menjadi jahat.

janna nick fazura
1 month ago

"Tak Patut Dijadikan Isu Pun, Soalan Bukan Tujuan Menghina Sesiapa" - Didakwa Gelar Fazura 'Perempuan Gila', Janna Nick Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...