July 12th, 2020

Tampil bersuara selepas menerima komen tidak sepatutnya daripada segelintir warganet berikutan pengakuan mengenai penceraiannya dengan suami, pelakon Sharifah Sakinah menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik hantaran berbentuk luahan hati.

sharifah sakinah bercerai

Menerusi posting tersebut, Sakinah dilihat mengucapkan terima kasih kepada yang telah memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepadanya.

Bagaimanapun dirinya sempat berpesan kepada individu yang mengeji dirinya supaya sentiasa beringat bahawa setiap orang mempunyai keluarga masing-masing.

View this post on Instagram

I might be quiet and not responding to messages. Thanks for those who are supporting and for those who are insulting. Just remember you all got family too. I'm not gonna dramatized this part of my life, I won't elaborate and would like to focus on my work. If anybody have problem with my choice in life, clothing, or actions can unfollow this space. Feel free to comment, just try not fight each other, we all have better things to do today. #penggoda #pendosa

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

“Saya mungkin berdiam diri dan tidak menjawab kiriman mesej. Terima kasih kepada yang memberi semangat dan kepada yang mengeji, ingatlah korang pun ada keluarga.”

Malah, Sakinah mendedahkan beliau langsung tidak akan menjadikan kisah hidupnya sebagai drama dan hanya mahu fokus kepada kerjaya semata-mata.

sharifah sakinah bercerai

“Saya tak akan dramakan kisah hidup saya dan tidak akan komen lebih. Buat masa ini saya hanya ingin kepada kerja. Sesiapa yang mempunyai masalah dengan jalan hidup saya, cara berpakaian atau tindakan saya boleh unfollow.”

Terdahulu, Sakinah dan Aliff Adha melangsungkan pernikahan pada 28 Mac 2018. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha. Biarpun begitu, rumah tangganya dengan juruterbang tersebut tidak kesampaian apabila Sakinah mendedahkan dirinya sudah bercerai pada Mei lalu.


2 responses to ““Yang Menghina, Ingat Korang Pun Ada Keluarga!” – Sharifah Sakinah Tampil Bersuara Selepas Dihina Netizen”

  1. Kikilala says:

    Yang penulis ni bodo2 jgak yang ko up pic baju nampak shoulder dia buat apa.penulis pun perangai mcm yahudi hahaha

  2. Anonymous says:

    Dah bimbo memang itu le jawapannya..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...