Yang Menghancurkan Hati Wanita Ialah Wanita Juga – Rozita Che Wan Komen Perampas

Yang Menghancurkan Hati Wanita Ialah Wanita Juga – Rozita Che Wan Komen Perampas

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan, 45, membidas sesetengah wanita yang menghancurkan kebahagiaan wanita lain dengan menjadi perampas suami orang.

Kepada Harian Metro, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta berkata:

Advertisement

Saya bukannya menolak poligami tetapi kenapa kita tidak berhati-hati untuk mencari pasangan hidup dengan memilih lelaki yang masih bujang?

Bagi saya, orang yang menghancurkan hati wanita lain adalah golongan wanita juga.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Pada masa yang sama, Che Ta meminta golongan wanita yang suami mereka dirampas agar tidak bersedih atau merasa dunia sudah gelap:

Golongan wanita yang suaminya dirampas, jangan bersedih dan teruskan kehidupan dan jangan rasa dunia gelap.

Contohnya, saya sendiri pernah bercerai dan 10 tahun duduk di rumah dan tidak bekerja.

Saya reda dengan ujian Allah SWT dan kini digantikan yang lebih baik.

Che Ta berseloroh akan mengoyakkan mulut wanita yang cuba merampas suaminya:

Kalau berani cubalah tetapi setakat ini rumah tangga kami bahagia.

Sebelum ini, beberapa kali juga Che Ta pernah memuat naik status di Instagram berunsur sinis terhadap golongan perampas. So, siapa yang ada niat nak caras Zain Saidin dari Che Ta, jangan cuba-cuba, ya? – beautifulnara.com



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...