Selebriti Rozita Che Wan kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang mengutuk penampilan rakannya, pelakon sensasi Fathia Latiff ketika di rumah terbukanya baru-baru ini.
Cermin muka sendiri
Menurut pelakon dan usahawan ini, dia terkejut apabila melihat netizen tergamak meninggalkan komen serta kecaman tentang wajah Fathia.
Malah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini meminta agar orang yang mengecam rakannya itu untuk cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum menghina rupa paras orang lain.
Saya terkejut apabila gambar kami bersama menjadi kecaman netizen. Tak baiklah, jangan face shaming.
Kadang-kadang yang mengata tu tak pernah tengok cermin. Muka kau pun macam siku saja.
View this post on Instagram
Turut simpati dengan Fathia
Di samping itu, Che Ta mengakui berasa simpati terhadap Fathia yang sering menjadi bahan bualan netizen di media sosial. Katanya, meskipun dia secara peribadi tidak tahu apa yang dilalui aktres tersebut, namun Che Ta akan sentiasa memberi sokongan sebagai seorang teman.
Saya simpati apabila melihat dia sering terima kecaman ramai. Kita tak tahu apa yang dia lalui. Kita tak tahu apa yang membuatkan dia jadi seperti itu.
Mungkin kerana kekecewaan atau tidak mempunyai sokongan. Siapa pun kawan saya, saya okay saja. Kalau mereka berada dalam keadaan tak stabil atau ada masalah, kita kena sentiasa menyokong dan bersama dia.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.