Anugerah MeleTop ERA 2016, sudah pun berakhir tetapi sehingga kini masih ada lagi kontroversi yang melanda.
Sebelum ini, ada juga beberapa pihak yang mempersoalkan kemenangan beberapa selebriti pada malam tersebut. Malah, hampir setiap keputusan pemenang sudah boleh dijangka lebih-lebih lagi untuk anugerah Top Top MeleTop yang dimenangi oleh Ayda Jebat dan Johan Raja Lawak.
Baru-baru ini, Azwan Ali juga meluahkan perkara yang sama dan mengkritik bahawa AME2016 tidak adil dan memberikan anugerah pada mereka yang kurang popular manakala artis-artis tersohor pulang dengan tangan kosong.
Berikut status yang dimuat naik oleh Azwan menerusi akaun Instagramnya :-
WHAT ? KECOH ON MY TL ? HANCUSSSS RUPA NYA #AnugerahSANGKAKnegara? YG MENANG KRONI KRONI HARU MEREKA ? THEN ARTIS TERSOHOR ? BALIK DGN TELOR ? TAHNIAH LA DARI DIVA AA ! YG NAIK TURUN STAGE
PUN? SEMUA PUAK PUAK YG KAKI AMPOOO & DI UNDI MAK BAPAK SENDIRI JER PUN ! ANUGERAH SYOK SENDIRI LA SAMDOLLLL !  & PADA YG KALAH ? SESUWEI LA NOKKK ! DAH TAHU ZAMAN KO DAH LAMA KERINGGGG ? NAK GAK TERCALON ? KANNNZ DAH MALU KODOK ?
YG PTG SATU DUNIA DAH VIRAL !  ABG OBAMA PUN TAHU ?DIVA AA BANNED ALL MAJLIS KONON PRESTIJ DUNIA HIBURAN MSIA ! #NOTmyLEVELLLL ! #GoToHELLLLLL #DEEP #WINNNN #READonnnnn
Memang pedas dan makan dalam betul kritikan Azwan Ali, mungkin ada juga betulnya dalam kenyataan beliau…Ermm, apa pula pendapat anda tentang AME 2016 kali ini?