Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Yang Masih Mengecam, Saya Anggap Mereka Tidak Faham Hukum Faraid” – Ali Puteh

ali puteh tak menyesal saman kakak ipar

Diminta mengulas mengenai tindakannya menfailkan saman terhadap kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Mohd Ali, Ali Puteh menyatakan bahawa dia tidak menyesal.

Jelas lelaki itu lagi, tindakannya itu dilihat sebagai langkah yang betul bagi mengembalikan semula maruah keluarganya.

Advertisement

“Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu. Jadi saya akan tetap teruskan saman seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya.”

Sebagai satu-satunya anak lelaki yang tinggal dalam keluarga selepas pemergian arwah Abam, Ali meluahkan rasa sedih apabila melihat ibunya dikecam dengan tuduhan tidak berasas.

nor hidayah balu abam

Malah, Ali turut mendedahkan bahawa laman media sosialnya kini dipenuhi titipan netizen yang mahu memohon maaf. Menurut mereka, kecaman itu berlaku kerana tidak memahami secara jelas mengenai hukum faraid.

“Yang masih mengecam itu saya anggap mereka tidak faham hukum faraid. Selalunya yang mengecam ni budak-budak. Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta arwah saya tahu hukum.”

Bahkan lelaki itu juga turut mengakui bahawa dia malu dengan apa yang berlaku. Tambahnya, sebagai seorang ahli keluarga, dia perlu melakukan sesuatu.

“Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu. Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya.”

ali puteh tak menyesal saman kakak ipar

Terdahulu, pelawak ini memaklumkan bahawa dia menerima surat saman daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu. Saman itu melibatkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya

Sumber: Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Apa

    September 2, 2020 at 10:21 am

    bini arwahkan tak kerja. setakat 10k dia ambik apa la sangat untuk makan pakai anak beranak. bukannya dia bolot semua. lain kali cakap pakai otak boleh tak.

  2. esok kalau kena dekat bini sendiri.......

    September 2, 2020 at 8:25 am

    siapa yang tak faham sebenarnya? kita tunggu & lihat jer nanti.

  3. Anonymous

    September 2, 2020 at 8:16 am

    ..

  4. Bing

    September 2, 2020 at 1:12 am

    Maybe ali yg komen tu

  5. anonymous

    September 1, 2020 at 4:12 pm

    oohh ini kes balu tak tahu hukum hakam,tanpa usul periksa terus ingat harta peninggalan milik dia dan anak saja,patut la dia cepat2 nak kluar rumah lepas arwah dikebumi…ni kes tak boleh sembarangan berdosa,bagus Ali dah selesaikan …walaupun maruahnya dan ibu tercalar,pendosa paling besar membatu api adalah dato kaya bongkak sombong bodoh…kau jawab la esok di kubur …suka buat fitnah dan onar,paling dikesali mak pak si balu tak nasihat kah anak mereka?

    • lilo

      September 1, 2020 at 10:31 pm

      babe, kalau dia rasa semua harta arwah jadi milik dia, dia ambik semua terus yang ada dalam bank, takat ambik 10k celah gigi je

    • Anonymous

      September 2, 2020 at 8:15 am

      benda boleh bodoh bang..esok ko mampos…kebulur lar bini ko..

    • stulangdaeng

      September 2, 2020 at 11:39 am

      anon 4:12, kau yg tak faham faraid ni..hidayah tu ada hak terhadap harta arwah suaminya sebanyak 1/8..selain tu hidayah sebagai pemegang amanah untuk bahagian anaknya sebanyak 13/24 bahagian (lebih separuh tau)..mak and bapak abam yg masih hidup ada hak 1/6 masing2. Selepas kematian, hidayah berhak utk ambil wang dari peninggalan abam utk tujuan sara hidup..hidayah tu house wife, tanggung anak kecik lagi, jadi kalau tak boleh usik sesen pun, sapa nak tanggung??? si Ali?? kalau tak boleh ambik langsung, itu namanya aniaya..Ali ni tak sepatutnya berbunyi pun..perlu ada rasa malu..sebagai org yg pegang hak terbesar (pegang amanah anak & sebagai isteri arwah abam) sepatutnya Hidayah lah yg buat tuntutan Faraid, bukan Ali. Tapi tgk la, lepas Abam meninggal aje, Ali yg terlebih sudu dari kuah terus announce akan urus Faraid..Ali bukan waris..susah ke nak faham tu??? Lain lah kalau Ali minta izin Hidayah, mak n bapaknya utk bantu selesaikan urusan Faraid..DAN KALAU ALI FAHAM FARAID, DIA TAK PERSOALKAN LANGSUNG BAB DUIT SARA DIRI DAN ANAK YG HIDAYAH AMBIL TU..bila semua benda termasuk sara hidup pun diperbesar2kan, nampak sangat ALI YG TAK FAHAM FARAID & ALI NAMPAK SANGAT GILA KUASA NAK MANAGE HARTA ARWAH DGN MENGGUNA ALASAN BAHAGIAN MAK N AYAHNYA YG JAUH LEBIH SEDIKIT DARI HAK ANAK ARWAH YG DIPEGANG AMANAHNYA OLEH ISTERI ARWAH..MALAH ISTERI ARWAH ADA HAK WALAUPUN PALING KECIL..TAPI ALI????? APA HAK ALI???

Loading...
To Top