September 1st, 2020

Diminta mengulas mengenai tindakannya menfailkan saman terhadap kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Mohd Ali, Ali Puteh menyatakan bahawa dia tidak menyesal.

Jelas lelaki itu lagi, tindakannya itu dilihat sebagai langkah yang betul bagi mengembalikan semula maruah keluarganya.

“Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu. Jadi saya akan tetap teruskan saman seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya.”

Sebagai satu-satunya anak lelaki yang tinggal dalam keluarga selepas pemergian arwah Abam, Ali meluahkan rasa sedih apabila melihat ibunya dikecam dengan tuduhan tidak berasas.

nor hidayah balu abam

Malah, Ali turut mendedahkan bahawa laman media sosialnya kini dipenuhi titipan netizen yang mahu memohon maaf. Menurut mereka, kecaman itu berlaku kerana tidak memahami secara jelas mengenai hukum faraid.

“Yang masih mengecam itu saya anggap mereka tidak faham hukum faraid. Selalunya yang mengecam ni budak-budak. Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta arwah saya tahu hukum.”

Bahkan lelaki itu juga turut mengakui bahawa dia malu dengan apa yang berlaku. Tambahnya, sebagai seorang ahli keluarga, dia perlu melakukan sesuatu.

“Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu. Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya.”

ali puteh tak menyesal saman kakak ipar

Terdahulu, pelawak ini memaklumkan bahawa dia menerima surat saman daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu. Saman itu melibatkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya

Sumber: Utusan Online


9 responses to ““Yang Masih Mengecam, Saya Anggap Mereka Tidak Faham Hukum Faraid” – Ali Puteh”

  1. Anyonelse says:

    Betul stulangdeng.ali pn slh dr awal lg sb mewakili diri sendiri yg membuatkan org lain terfikir yg dia gila harta.kita ni mmg x tahu hal sebenar 100 peratus.jd blh komen berdasarkan statement ali dan hidayah.kemungkinan pada awal2 lg hidayah dh dihalang tuk amik atau uruskan harta arwah atau dh berlaku selisih faham yg kita pn x th tu yg hidayah amik keputusan drastik kluar rmh dan smn keluarga belah arwah.jd ckp2 la ali keluar kenyataan.hidayah pn skrg dh x kuar kenyataan psl saman2 harta ni.jd ali pn ckp2 lah .jgn fikir setengah netizen yg komen ni diorg x study dl dn x buat research dl sblm komen.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...