“Yang Masih Mengecam, Saya Anggap Mereka Tidak Faham Hukum Faraid” – Ali Puteh

Hiburan

“Yang Masih Mengecam, Saya Anggap Mereka Tidak Faham Hukum Faraid” – Ali Puteh

Diminta mengulas mengenai tindakannya menfailkan saman terhadap kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Mohd Ali, Ali Puteh menyatakan bahawa dia tidak menyesal.

Jelas lelaki itu lagi, tindakannya itu dilihat sebagai langkah yang betul bagi mengembalikan semula maruah keluarganya.

Advertisement

“Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu. Jadi saya akan tetap teruskan saman seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya.”

Sebagai satu-satunya anak lelaki yang tinggal dalam keluarga selepas pemergian arwah Abam, Ali meluahkan rasa sedih apabila melihat ibunya dikecam dengan tuduhan tidak berasas.

nor hidayah balu abam

Malah, Ali turut mendedahkan bahawa laman media sosialnya kini dipenuhi titipan netizen yang mahu memohon maaf. Menurut mereka, kecaman itu berlaku kerana tidak memahami secara jelas mengenai hukum faraid.

“Yang masih mengecam itu saya anggap mereka tidak faham hukum faraid. Selalunya yang mengecam ni budak-budak. Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta arwah saya tahu hukum.”

Bahkan lelaki itu juga turut mengakui bahawa dia malu dengan apa yang berlaku. Tambahnya, sebagai seorang ahli keluarga, dia perlu melakukan sesuatu.

“Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu. Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya.”

ali puteh tak menyesal saman kakak ipar

Terdahulu, pelawak ini memaklumkan bahawa dia menerima surat saman daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu. Saman itu melibatkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya

Sumber: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...