Yang Mana Satu Pilihan Kalbu? Huawei Nova 3, Oppo R15 Pro Atau Vivo X21? Ini Jawapannya!

Hiburan

Yang Mana Satu Pilihan Kalbu? Huawei Nova 3, Oppo R15 Pro Atau Vivo X21? Ini Jawapannya!

Semakin hari, semakin banyak telefon pintar di pasaran sehingga boleh menyebabkan kita selaku pengguna pening kepala untuk memilih.

Buat anda yang berhasrat untuk menukar/membeli smartphone baru, hari ini Abang Nara akan membincang serta membandingkan 3 telefon pintar yang sedang HANGAT di pasaran iaitu Huawei Nova 3 ,Oppo R15 Pro dan juga Vivo X21.

Advertisement

Sebaik sahaja habis membaca artikel ini, pasti anda akan dapat membuat pilihan yang tepat, bijak dan TERBAIK. Untuk memudahkan pembacaan, Abang Nara telah membuat perbandingan daripada beberapa sudut. Jom kita baca bersama-sama!!!

1. HARGA

First thing first, perkara yang PALING PENTING dalam membeli sesebuah smartphone sudah tentu adalah harganya . Lagi murah lagi bagus. Tapi berbaloi ke dengan harga yang ditawarkan?

image

2. Processor (kelajuan)

image

Selepas harga, benda kedua yang paling penting di dalam sesebuah smartphone ialah kelajuan. Taknaklah tengah excited nak ambil selfie, tup-tup smartphone tue hang pulak. Tengah nak tunjuk gambar hensem kat awek, gambar tak loading-loading. Sebab itulah processor di dalam smartphone tersebut memainkan perangan yang penting.

image

Secara asasnya, lagi banyak GHZ, lagi banyak core, lagi canggih teknologi, maka lagi lajulah smartphone tersebut. Di antara ketiga-tiga smartphone ini, hanya Huawei dijana dengan GPU Turbo yang menjamin kepantasan, kelajuan dan kecekapan.

Tiada istilah ‘lag’, ‘slow’ atau ‘lembap’ sekiranya anda main PUBG Mobile. Memang chicken dinner la jawabnya!

Kalau anda nak tahu, Huawei Nova 3 ini penggunakan cip pemprosesan Kirin 970, Octa Core 4x A73 2.36GHz dan 4x A53 1.8GHz yang digunakan dalam Huawei P20 dan Mate 10.

Jadi memang lagi padu prestasinya berbanding dengan Oppo R15 dan Vivo X21 yang hanya menggunakan cip pemprosesan mid-tier dengan spesifikasi Snapdragon 660 dan kelajuan octa 2.2GHz sahaja.

3. Kamera belakang

Zaman sekarang tugasan utama sesebuah telefon pintar ialah mengambil gambar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

image

Gambar kena berkualiti tinggi, jelas dan terang walaupun diambil di dalam keadaan kurang cahaya. Paling penting, megapiksel kena tinggi. Sekarang nie pulak dah trend dual kamera.

image

Sekali lagi Huawei Nova 3 yang mempunyai dua kamera di depan dengan jumlah 24 megapixel + 2 megapixel dan dua kamera di belakang yang mempunyai jumlah 24 megapixel + 16 megapixel di belakang. Mak oih, punya banyak megapixel dia!

image

Abang Nara sertakan sekali contoh beberapa keeping gambar yang diambil oleh ketiga-tiga kamera ini untuk memuaskan lagi hati anda :-

image

image

Ternyata walaupun berada di tempat gelap, Huawei Nova 3 membuktikan keunggulan, ketajaman dan ke’power’an kameranya dengan menyerlahkan lagi apa sahaja objek yang ditangkap. Memang jauh beza kualiti dengan kamera belakang Oppo R15 Pro dan Vivo X21 .

Kalau anda semua nak tahu, Huawei Nova 3 ini mempunyai 22 jenis “scene” yang anda boleh pilih tanpa memuat turun apa-apa applikasi tambahan. Di sini kami berikan beberapa contoh.

image

Nova 3 ini mampu mengenalpasti jenis-jenis latar belakang ataupun objek melalui teknologi AI mereka. Contohnya, Plant, Overcast, Flower, dan kucing. Walaupun kucing tu bukan kucing betul…hehe…

4. Kamera depan untuk selfie

image

Tak masuk akal sekiranya telefon pintar tidak mampu mengambil gambar selfie yang menyerlahkan lagi kejelitaan/kekacakan empunya badan. Jom kita tengok apa yang ditawarkan oleh Huawei Nova 3, Oppo R15 Pro dan juga Vivo X21 untuk kamera hadapan masing-masing.

image

Sekali imbas memang tidak nampak banyak perbezaan. Apa kita tengok contoh-contoh ‘selfie’ untuk memudahkan kita membuat perbandingan:-

image

‘Selfie’ yang diambil oleh Huawei Nova 3 adalah lebih ‘real’ dan paling penting, tetap jelas walaupun diambil di tempat kurang cahaya.

Tak adalah muka nampak macam dah kena ‘edit’. Memang Huawei Nova 3 adalah pilihan tepat sekiranya anda nak hadiahkan sebuah telefon pintar buat kekasih tercinta. Seronok dan puas hatilah si dia ber’selfie’ selepas itu .

Walaupun kami tak sempat untuk menguji kesemua kelebihan kamera AI Huawei Nova ini, ingin kami tekankan bahawa kamera AI ini mempunyai 8 jenis “scene” seperti Blue Sky, Night Mode, Snow, Beach, Plants, Flower, Stage, dan juga Indoor mode.

5. Memori

Apa guna tangkap gambar beribu-ribu keeping sekiranya tiada memori yang cukup untuk menyimpannya? Tak pasal-pasal setiap hari nak kena ‘delete’ gambar yang telah diambil. Jom kita tengok mana satu smartphone yang paling POWER di dalam bab memori ini:-

image

Ketiga-tiga telefon pintar ini mempunyai ruang simpanan yang sama namun satu perbezaan yang jelas ialah Huawei Nova 3 menggunakan memori jenis UFS(Universal Flash Storage). Untuk makluman, UFS ini ialah teknologi terkini yang menggantikan eMMC.

Ia membaca data dengan LEBIH pantas dengan penggunaan tenaga yang lebih efisien. Jadi bateri pun lambat habis, loading gambar pun lebih laju dan tak ada nak tersekat-sekat. Ternyata Huawei Nova 3 lebih laju dalam mengapplikasikan teknologi terkini ini.

KESIMPULAN

123455

Dalam beberapa segi lain seperti paparan skrin, keselamatan (cap jari dan face unlock) dan rekaan, ketiga-tiga telefon pintar ini mempunyai prestasi yang lebih kurang sama. Apa yang boleh Abang Nara simpulkan ialah sekiranya anda seorang yang mahukan telefon pintar dengan keupayaan kamera yang awesome, Huawei Nova 3 adalah pilihan terbaik berbanding Oppo R15 Pro dan juga Vivo X21.

Pada harga RM1899 berbanding dengan Oppo R15 Pro RM 2399 dan Vivo X21 RM2299, memang tiada telefon pintar yang dapat menandingi Huawei Nova 3.

image

image

 

Untuk membuat pembelian dengan serta merta, anda boleh klik di sini.

 

Untuk pengetahuan anda semua, Huawei menyediakan satu lagi model mampu milik, yang mempunyai prestasi yang tidak kurang hebatnya iaitu Nova 3i, yang berharga hanya RM1,249.00! Memang ok sangat dah tu harga.

image

Maka anda perlu menjadi seorang pengguna bijak dan membuat pilihan yang tepat selepas membaca artikel ini. Selamat membeli telefon baru !!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...