Hari ini, media hiburan menyaksikan aktor terkenal Zul Ariffin dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di Instagram tidak lama dahulu.
Menurut laporan Harian Metro, Zul Ariffin telah mengaku bersalah di atas pertuduhan itu dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM30,000 ke atasnya.
Mengulas lanjut mengenai kes itu, pelakon terkenal ini ada memberikan sepatah dua kata kepada pihak yang dipercayai memintanya untuk memuat naik video tersebut ke media sosial.
Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya ‘malaikat’, saya seorang saja tidak. Jadi saya sajalah yang mengaku bersalah. Tidak mengapa.”
Jelasnya lagi, musibah yang menimpanya itu diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada pelakon lain di luar sana agar berhati-hati sebelum membuat sebarang promosi bagi karya-karya terbaharu.
Kalau disuruh muat naik apa-apa kandungan. Tak perlulah beriya-iya sangat. Betul tak? Kalau disuruh juga untuk tujuan promosi, tolong berhati-hati dan jadikan saya sebagai contoh.”
Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa lega kerana segalanya sudah berakhir dan tidak mahu membazir masa mana-mana pihak.
Pelakon filem Tombiruo ini juga mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan juga media yang hadir memberikan sokongan dan membuat liputan mengenai kes tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.