Siapa tak kenal Skuad Jerung Merah diketuai oleh Sofiaa Marieylla yang mula menjadi tular di aplikasi TikTok sejak beberapa minggu yang lalu.
Skuad Jerung Merah (SJM) yang sering menampilkan video-video kelakar dalam dialek Kelantan itu sering menjadi buah mulut netizen dan tidak kurang juga ada yang mengkritik kumpulan ini.
Namun begitu, SJM khabarnya telah tampil dengan single lagu terbaru berjudul Akulah Jerung Merah. Wow!
Perkara tersebut dikongsikan Sofiaa di mana dia telah memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang merakam lagu di sebuah studio untuk tatapan peminat.
Sepanjang dua tahun Sofia membina tema #squadjerungmerah, banyak gila cabaran yang perit dan susah. Now, Alhamdulillah jerung merah makin menyerlah hasul usaha keras selama ni. Yeay, excited untuk next projek.
Difahamkan, Sofiaa kini merupakan bakat baru yang diketengahkan oleh program ‘Indie Space Station‘ di bawah label muzik Rocketfuel Records.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memuji kelunakan suara ketua kumpulan Skuad Jerung Merah itu dan ada juga yang berharap agar Sofeaa tidak terlalu mengambil pusing kecaman netizen di media osial.
“Weh sedapnya suara macam Baby Shima..” tulis seorang netizen.
“Yang kutuk hina mummy (Sofeaa) tu sekarang ada apa je??” tempelak seorang lagi pengguna media sosial.
Terdahulu, SJM ini mula menjadi perbualan netizen setelah mereka memuat naik video-video mempromosikan satu jenama kecantikan di TikTok.
Terkenal dengan tagline ‘lepoh cha’, Sofeaa dan ahli kumpulannya yang lain telah mempunyai hampir 808,000 pengikut dan 14 juta tanda suka di aplikasi media sosial itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.