Baru-baru ini, tular di media sosial seorang individu yang menemukan benda asing yang diletakkan di atas kubur yang didakwa milik Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, bapa kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdapat bungkusan kertas dibaluti benang hitam
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, individu yang sedang melawat kubur arwah atuknya di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1 Muar, Johor itu didakwa telah menemukan bungkusan kertas yang dibaluti dengan benang berwarna hitam.
Terdapat juga beberapa batang paku yang turut diletakkan di atas tanah bersama bungkusan kertas terbabit.
Terjumpa di kubur atok pagi raya ni. Apa benda ya ni? Yang kita tahu ini syirik.
@dnlfrhn11Terjumpa di kubur atok pagi raya ni.. Apa benda ya ni? Yang kita tahu ini syirik♬ Takbir Hari Raya – Ibrahim Elhaq
Gesa ahli keluarga buat laporan polis
Di samping itu, memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal turut berasa kasihan dengan apa yang berlaku pada ahli keluarga tersebut.
Saya tidak tahu apa maksud orang yang melakukan perbuatan itu. Jika dilihat pada kepok tersebut memang tertulis nama Allahyarham, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Justeru itu, dia meminta ahli keluarga untuk segera membuat laporan polis bagi menjamin ketenteraman kesemua pihak.
Untuk info, Allahyarham merupakan salah seorang daripada 40 tokoh ulama Johor yang pernah menerima pengiktirafan Pingat Sultan Ibrahim pada tahun 1955 sebelum beliau meninggal dunia ketika usia 73 tahun pada 1975.