“Yang Ketiga Is Coming..” – Peminat Teruja Lihat Farid Kamil Dan Diana Danielle Bergambar Berdua, ‘Pose’ Pegang Perut Undang Usikan

Hiburan

“Yang Ketiga Is Coming..” – Peminat Teruja Lihat Farid Kamil Dan Diana Danielle Bergambar Berdua, ‘Pose’ Pegang Perut Undang Usikan

Semakin ‘sweet’ dan bahagia, hantaran foto terbaru Diana Danielle di Instagram ternyata mengundang pelbagai respon positif daripada peminat.

Dalam hantaran itu, Diana Danielle tampil memuat naik fotonya bersama suami, Farid Kamil dengan ‘pose’ mesra di mana tangan aktor itu dilihat memegang perut isteri.

Advertisement

Ia sekaligus mengundang spekulasi peminat yang mengharapkan pasangan ini menimang cahaya mata ketiga pula nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tampil mendoakan agar hubungan yang pulih setelah perceraian itu terus bahagia ke syurga.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang memuji penampilan Diana yang manis bertudung itu dan mengharapkan agar aktres filem Imaginur itu terus istiqomah dalam berhijab selepas ini.

Sekadar info, Diana dan Farid telah bernikah pada 3 November 2012 namun bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023.

Tidak sampai sebulan bercerai, pasangan ini kemudiannya rujuk semula sebagai pasangan suami isteri di samping anak-anak tersayang, Muhammad dan Aurora.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Elly Mazlein Kak Lina
1 year ago

"Saya Akan Undur Diri" - Kak Lina Mohon Maaf, Tak Akan Muncul Di GV Demi Kebaikan Semua Pihak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...