“Yang Kena Censor Tu Sebab Tangkap Khalwat..” – Leeyanarahman Didakwa ‘Blur’ Wajah Marissa, Dikecam Ikut Trend Tak Bertempat

Kehidupan

“Yang Kena Censor Tu Sebab Tangkap Khalwat..” – Leeyanarahman Didakwa ‘Blur’ Wajah Marissa, Dikecam Ikut Trend Tak Bertempat

Niat ingin mengikut trend semasa, sebuah jenama pakaian muslimah terkenal iaitu Leeyanarahman telah memuat naik satu video dimana salah seorang model pakaian telah dikaburkan wajahnya. Model itu dipercayai merupakan anak kepada pelakon Abby Abdi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang juga sempat terpalit kontroversi.

Raih perhatian netizen

Dalam video yang berdurasi pendak itu, terlihat tiga orang model termasuklah Marisaa sedang mempromosikan baju kurung sempena koleksi Hari Raya mereka. Namun hanya wajah Marissa sahaja didakwa dikaburkan. Tindakan tersebut telah meraih perhatian netizen yang menganggap jenama tersebut tidak sensitif.

Advertisement

Tak kecil hati dia ke korang buat macam ni? Ruhainies tu kena tangkap khalwat, Marissa tu kahwin, benda baik.

 

Not nice lah buat macam ni, macam cyber bully, fikirlah sebelum buta-buta ikut trend.

 

Yang kena censor tu sebab ditangkap khalwat tau, Marissa ini kahwin walaupun sondol suami orang. Situasi berbeza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LEEYANARAHMAN (@leeyanarahman.co)

Ada yang menyokong

Dalam pada itu, ada pula segelintir daripada netizen yang setuju dengan tindakan Leeyanarahman mengaburkan wajah model tersebut.

Alahai netizen ada je yang tak kena nya. Dia tak censored korang marah, censored pun kena juga adui.

 

Baru la rasa tenang nak beli . Kalau nampak (Marissa) auto nampak tak ada kelas. Cepat-cepat scroll laju.

 

Elok la blur kan muka budak tu. Muka tak rasa bersalah langsung! Hampir semua butik ada muka budak ni..

igSumber : Instagram  

Terdahulu, Marissa Dania telah tular di media sosial apabila berita dirinya telah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu tanpa pengetahuan keluarga itu diketahui ramai.

abby marissa
1 month ago

Abby Abadi Buka Mulut Isu Marissa Dilabel 'Penyondol' - "Dalam Hal Ini Saya Salahkan Dua-Dua"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...